Khamis, 24 November 2011

Jenis-jenis Kata Adjektif

KSSR Bahasa Melayu Tahun Satu

Kssr tahun 1
      Ini merupakan Modul Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) bagi Bahasa Melayu Tahun Satu yang telah pun bermula pada 2011.

Cakna Minda Anda


Hai,para pelajar sekalian! Dapatkah kalian menyenaraikan Kata Adjektif mengikut kategori berdasarkan gambar-gambar di atas?Selamat mencuba :-) .

Jumaat, 18 November 2011

Rakaman Mikro KPD3026 Saya

                           

        Rakaman ini merupakan rakaman pengajaran mikro saya bagi subjek KPD 3026 Semester 2 baru-baru ini.Rakaman tersebut telah dirakam di kelas Tahun Satu Bestari Sekolah Kebangsaan Betong,Ajil Hulu Terengganu.Ia merupakan sebuah sekolah pedalaman . Murid Tahun Satu seramai 8 orang telah menjayakan rakaman pengajaran ini.

MBMMBI Definisi dan Tujuan

    
DEFINISI MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
TUJUAN MBMMBI
  • Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.
  • Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

Perjalanan Kehidupan

                                       

Oh Guru Malaysia


     Adakah ini suatu realiti atau fantasi yang dihadapi oleh para guru dan murid di Malaysia ? Apa pendapat anda ?

Cabaran Guru Pedalaman

  Ini adalah sebahagian kecekalan,ketabahan serta kegigihan warga guru pedalaman dalam mendidik anak bangsa.Tanpa gentar mereka menyahut cabaran pendidikan negara.Ketika warga guru di tengah kota raya menaiki kereta mewah menerjah kesibukan kota menuju ke sekolah , guru bertugas di kawasan pedalaman menentang arus sungai ,meredah gunung dan belantara untuk sampai ke destinasi....yang hanya satu tujuannya untuk menyampaikan ilmu yang dimiliki anugerah Ilahi untuk anak bangsa yang dahagakan ilmu pengetahuan.

Khamis, 17 November 2011

Raja Segala Buah


Cuba anda sebutkan apakah nama buah ini dan apa pula gelarannya?Terangkan sifat-sifat yang ada pada buah ini. Berdasarkan gambar-gambar yang menarik serta biasa kepada murid, para guru juga boleh memperkenalkan kata adjektif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Kaedah bersoal-jawab,kuiz ,cantum gambar dan sebagainya boleh diaplikasikan.Hasilnya pasti tidak terduga.

Renungkan..

                                      
                Sekadar merehatkan minda . Dapatkah anda memberi maksud daripada foto di atas ?

Latihan Pengukuhan Kata Adjektif

Latihan Pengukuhan: Kata Adjektif 
Latihan 1
Gariskan kata adjektif pada ayat-ayat berikut dan nyatakan jenis kata adjektif tersebut.

1. Orang yang berani mengharungi cabaran hidup pasti akan berjaya. (        )
2. Bapa saya membeli kereta berwarna hijau muda. (        )
3. Perempuan yang gemuk itu ialah anak Haji Zamani. (          )
4. Buku yang berkulit tebal itu telah saya pulangkan semalam. (          )
5. Dia sampai tepat pada waktu yang djanjikan. (          )
6. Pesilat itu tangkas menjatuhkan lawannya. (           )
7. Rumahnya terletak jauh di kawasan pedalaman. (           )
8. Bubur yang dimasak oleh kakak sangat manis. (          )
9. Aminah sungguh gembira apabila mendapat keputusan yang cemerlang. (         )
10. Mereka sibuk menelaah pelajaran. (            )

Latihan 2
Pilih kata adjektif yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.

1. Biskut itu menjadi _______________________ kerana tidak ditutup rapat. (haus, lemau, kering,dingin)
2. Kuda yang ditunggang oleh Albert itu sungguh _________________________ berlari. (pantas,
     cekap,tangkas, deras)
3. Pemuda itu menjadi ______________________ setelah anak dan isterinya mati dalam kecelakaanjalan
     raya. (kecewa,gundah, sasau, gelisah)
4. Pengurus syarikat itu menegur Ahmad kerana selalu datanng _____________________ ke pejabat.(tepat,
    cepat, segera,lewat)
5. Wajahnya yang ____________________ sireh itu menambahkan lagi keayuannya. (bujur, leper,
     bulat,bundar)
6. Penduduk kampung itu menunjukkan rasa ________________________ mereka kepada keluarga PakAli
    yang ditimpakemalangan. (terharu, gundah, gembira, simpati)
7. Setelah tiga tahun tinggal di England, dia sudah ____________________ berbahasa Inggeris. (tahu,suka,
    cekap, fasih)
8. Pisang muda itu rasanya sangat _________________________. (tawar, manis, masam, kelat)
9. Dia hanya berjalan kaki ke sekolah kerana rumahnya __________________ dengan sekolah.(seberang,
    pendek, hampir, jauh)
10. Sifatnya yang suka membesar-besarkan diri itu amat ___________________ oleh rakan- 
        rakansekelasnya. (disukai, digemari,dibenci, disayangi)

Kuiz Kata Adjektif

Latihan Tatabahasa 1 ( Kata Adjektif )

Kuiz

Pilih jawapan yang sesuai. Jika jawapan anda salah, anda akan diberi panduan. Jika jawapan anda betul, teruskan dengan soalan yang seterusnya.
  1. Beberapa batang pokok manggis di kebun datuk berbuah ________
    1.   kuat
    2.   kaya
    3.   lebat
    4.   rendang
  2. Ibu menyapu daun-daun yang _____ itu.
    1.   gugur
    2.   jatuh
    3.   hancur
    4.   musnah
  3. Pemandu kenderaan dikehendaki berhati-hati melalui jalan lereng bukit yang ____ itu.
    1.   dalam
    2.   curam
    3.   pendek
    4.   rendah
  4. Sarah terlalu ______ apabila mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
    1.   malu
    2.   bising
    3.   gembira
    4.   kecewa
  5. Buku-buku di atas meja itu ______ kerana tidak dikemas.
    1.   berguguran
    2.   bertaburan
    3.   berselerak
    4.   berlonggok
  6. Kuda adalah antara haiwan yang ______ berlari.
    1.   cepat
    2.   hebat
    3.   hampir
    4.   pantas
  7. Warna _____ pada bendera Malaysia membawa maksud perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum.
    1.   biru
    2.   merah
    3.   putih
    4.   kuning
  8. Penyanyi yang diminati ramai itu mempunyai suara yang sangat _____.
    1.   kasar
    2.   jelas
    3.   kabur
    4.   merdu
  9. Ruang tamu rumah kami menjadi lebih _____setelah ayah membeli perabot dan perhiasan baru.
    1.   segar
    2.   ceria
    3.   segak
    4.   meriah
  10. Daging kambing yang belum dicuci itu berbau _____.
    1.   busuk
    2.   hapak
    3.   hamis
    4.   tengik
  11. Puan Kamariah berasa ______ kerana anaknya masih belum pulang sedangkan hari sudah malam.
    1.   risau
    2.   rimas
    3.   bingung
    4.   kecewa
  12. Zaidi terpaksa menghentikan lariannya pada jarak 150 meter kerana kakinya _____.
    1.   kaku
    2.   keras
    3.   kebas
    4.   kejang
  13. Suasana rumah Mak Siah yang ________ itu menyebabkan kami berasa seram.
    1.   pudar
    2.   kusam
    3.   muram
    4.   suram
  14. Hubungan antara Luisa dan Vanessa menjadi _______ selepas pergaduhan itu.
    1.   beku
    2.   sejuk
    3.   sunyi
    4.   dingin
  15. Proses melarik perabot-perabot kayu itu dibuat dengan ________ oleh pekerja-pekerja yang mahir.
    1.   teliti
    2.   tepat
    3.   hemat
    4.   saksama
  16. Hujah-hujah yang disampaikan oleh pemidato pertama itu sungguh _______dan tepat.
    1.   sarat
    2.   teguh
    3.   mampat
    4.   bernas
  17. Penduduk Kampung Lembah bergotong-royong untuk memperdalam sungai yang ______ itu bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di kampung mereka.
    1.   cetek
    2.   dangkal
    3.   rendah
    4.   senteng
  18. Pelancong dari negara Jepun itu _______ berbahasa Melayu walaupun baru sebulan di negara kita.
    1.   laju
    2.   pelat
    3.   fasih
    4.   pandai
  19. Tayar kereta Amirul ______ kerana tercucuk paku semasa melalui jalan itu.
    1.   tiris
    2.   pecah
    3.   kemik
    4.   kempis
  20. Encik Latif mendirikan sebuah banglo di atas tanah pusaka keluarganya yang ____ itu.
    1.   luas
    2.   landai
    3.   besar
    4.   lapang

Rakaman Pengajaran Kata Adjektif

            

     Ini merupakan contoh rakaman pengajaran tatabahasa ( Kata Adjektif ) .Penggunaan bahan-bahan maujud dapat menarik minat murid serta memudah serta mempercepatkan pemahaman mereka dalam aspek kata adjektif .

Ehsan You tube Cikgu Faizah.

Penggunaan Kata Adjektif Dalam Penulisan

                       


    Murid-murid khususnya di sekolah rendah perlu dibimbing oleh guru untuk menulis ayat yang gramatis.Di sini ditunjukkan kaedah menulis ayat menggunakan kata adjektif dengan betul.Selain itu , murid-murid juga boleh mempelajari pelbagai jenis kata adjektif melalui rakaman ini.Penulisan ayat yang betul dan gramatis akan menjadikan ayat serta karangan para pelajar di anggap cemerlang di dalam peperiksaan.

Belajar Kata Adjektif Melalui Lagu

            


    Kata adjektif juga boleh ajar kepada murid menggunakan kaedah nyanyian (didik hibur ).Murid tidak berasa bosan belar aspek tatabahasa.Sambil bernyanyi mereka turut mempelajari jenis-jenis kata adjektif yang terkandung dalam lagu.Guru harus kreatif serta mempelbagaikan kata adjektif dalam lagu.

Pemilihan Tajuk Blog

    As-salam dan salam sejahtera. Saya memilih tajuk Kata Adjektif bagi membina blog ini adalah kerana pada pandangan saya Kata Adjektif ini adalah antara jenis kata yang unik.Murid mudah untuk memahaminya dan ia amat mudah dizahirkan dalam proses membina ayat tunggal mahupun majmuk semasa aktiviti penulisan .Selain itu,Kata Adjektif juga mengandungi banyak jenis.Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk memberi kefahaman kepada murid berkaitan Kata Adjektif ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Di harap blog ini dapat memberi sedikit perkongsian ilmu kepada semua.